Recent Posts

Selasa, Februari 09, 2010

PLAIN!

Salam,

Huhu.. Lama x update blog! tetiba kuar dengan layout baru pulak dah.. saje je nak tukar. Boring dgn layout lame. Kali ni nak buat simple saje. PLAIN. Nak letak plain sebab nak cepatkan blog aku loading. Lagipun setiap n3 aku dah penuh dgn gambar.. dah warna warni rasanya kan? Hehe.. Ok takat ni dulu, nak balik dah!

p/s : sorry x tinggal jejak kat blog korang, masa nak tinggal jejak, loading lambat sgt... last² error! semua aku taip hilang camtu jer.. so sad :(

Bila cira dah ade rambot !!

Khamis, Februari 04, 2010

Cira & Kunyit

Salam..

Alhamdulillah! Cira dah sihat SEPENUHNYA! Tiada lagi hingus atau bunyian² kahak jahat itu! Badan Cira pun aku tgk dah naik sikit. 3 hari selepas kunjungan kami ke Pusat Perubatan Naluri, Cira dah mula melompat².. badan lemah² dan bawah mata merah² pun tiada lagi. Syukur alhamdulillah.. apalagi yang diharapkan parents selain daripada kesihatan anak! Anak sihat keluarga bahagia kan? Kalau anak sakit keluarga *seperti* porak peranda. Hehehe.. Apa taknya, si anak seakan² tau masa sakitnya adalah masa untuk ambil kesempatan. Kalau dulu boleh letak 10 minit atas tilam, masa sakit 1 minit pun payah! Nak angkattt saje. Malam pulak x nak tido sendiri, nak ditemankan dan ditepok² sampai lebam bawah mata. Cerewet bukan main lagi. Tapi mama tetap sayang Cira OK ;)

Entry lepas aku ada sebutkan ttg kunyit. Mek Rose pun dah sound aku kat cbox sebelah ni. Ekekeke.. Ok Rose, aku berusaha mencuri masa skrg ni. Sebenarnya aku dah lama tau ttg khasiat kunyit ni kepada bayi jika mengalami selsema. Tapi ntah jin mana yang menutup pintu otak aku selama ini untuk meletakkan kunyit di batang hidung Cira.

Petua ini mmg sgt MUJARAB! Dulu aku x berapa kisah sgt semasa mak aku sapukan kunyit di batang hidung nephew aku.. tapi bila ada anak sendiri barulah aku akur akan kemujaraban kunyit ini. Senang saja caranya, potong kunyit cara melintang, lepas tu cucuk² sikit isi kunyit untuk memudahkan air kunyit keluar bila disapu nanti. Lepas tu sapukan atas batang hidung anak dari kening sampai ke pangkal hidung. Letaklah masa dia sedang bertenang, kalau tgh nangis atau meragam, nanti masuk ke mata pulak. Paling senang masa dia sedang tido.

Mmg nampak sgt kesannya. Sebelum aku sapukan kunyit kat hidung Cira, bila malam mesti dia x tido. Hingus meleleh². Pandai lak tu tarik balik hingus dia. Anak x tido kita pun x tido la kan?? Kesian kat dia, kesian juga kat kita.. Mana esok nak keja lagi. Hurm.. Tapi pada malam aku dah sapu kunyit, Cira dah bole tido. Hingus dia pun kering. Aku rasa kunyit mmg banyak membantu memulihkan selsema Cira. Alhamdulillah~

Wajah² kunyit Cira


Oleh kerana Cira dah sihat, aku dan tok laki bawa Cira gi jalan² memandangkan dah 2 minggu Cira x gi mana². Terperap kat rumah je anak dara aku tu. Macamana orang nak datang meminang kan kalau asyik kat rumah je? Hahaha.. aku dah lalok! Programnya pada hari Isnin lalu, tempat ; Jusco Setiawangsa.. soploh minit dah sampai! Masa bawak Cira gi jusco masih ada lagi kesan² kunyit kat hidung dia.. Hehehe.. kalau orang tau 'kuning²' tu adalah kunyit xpe la kan.. tapi kalau org x tau mesti org konpius 'anak india ke?'.. Ekekeke.. xpe la Cira, yang penting Cira sihat! So layankan gambar² Cira kat bawah... ;)

Muka bad mood
Hehehe.. xde la, muka baru bangun tido la ;)
Lain sungguh wajah anak hamba dalam gambar ni
seperti remaja²
cam ni kot muka Cira belasan tahun nanti
nanak mama tantek!

Dah sampai jusco
Sukanya Cira jalan²
Tgk perut Cira pun dah kembali ke asal kan??

Baru habis nenen
Mana head band?
-Cira dah mula x nak pakai headband-
Nasib baik mama nampak tau headband tu kat lantai!

Macam same je gambar kat atas!
lain la.. senyuman yang berbeza
saje nak bagi tgk dgn jelas tight Cira
1st time pakai tight tau.. Ngee...

Jom balik aunty²..
Entry mama sampai sini je..
tata.. lop u ol :*

Ahad, Januari 31, 2010

Pusat Perubatan Naluri, Wangsa Maju

Salam..

Khamis lepas aku dan tok laki bawa Cira ke Pusat Perubatan Naluri di Wangsa Maju seperti yang aku plankan pada entry sebelum ini. Sampai je kat rumah aku dan tok laki mandi dan bersiap² untuk ke sana. Cira masih selsema dan batuk². Demam dah kebah. Syukur..

PPN (Pusat Perubatan Naluri) ni betul² sebelah Carefour Wangsa Maju. Tapi bukan kat area bangunan Cheng Ho (restoran amy search) tu. PPN ni terletak di corner bangunan. Senang nak carik. Aku x bawak address pun bleh dapat carik.

Service kat PPN ok² lah jugak. Mmg cantik pun tempat tu. Selesa sgt. Orang pun x ramai. Selesai saja registerkan Cira, terus dipanggil masuk ke bilik Paed. Paednya muda lagi.. Rebonding pulak tu! Hehehe.. Nama dia Dr. Khairul Zaman Omar. Sangat pandai layan kanak². Atas meja dia penuh dgn mainan. Macam nursery. Aku signal² tok laki aku amek gambar masa Cira kena periksa. Boleh pulak tok laki aku cakap "sorry yer dr, wife sy nak amek gambar masukkan dalam blog.." Dr. Khairul jawab.. "Oo ye ker.. kejap.. kejap.. nak betulkan rambut dulu.." sambil mengusai² rambut rebonding dia.. Hahaha.. sporting sgt!!

Yang sedihnya, berat Cira turun 200gram! banyak tu! Walaupun selera makan Cira x tergugat masa demam, tapi Cira selalu muntah bila batuk. Berkeluaran la segala susu, bubur dan buah²an yang dia dah makan. Kadang² sampai merah bawah mata dia muntah. Kesian anak mama.. :(

Oklah.. aku ceritakan dari turutan gambar² kat bawah ok ;)

OTW ke PPN
Nampak tu lobang idong Cira macam serombong kapal
Mulut lak ternganga² jer.. nasib baik lalat xde.. Hehe..
hidung sumbat.. susah nak bernafas!

Muka montel Cira
Kuning² dekat kening tu bekas kunyit yang aku sapukan
nanti aku kongsikan selepas n3 ini berkenaan kunyit!

Masa ni belum jumpa paed lagi
sedang menunggu untuk dipanggil

Inilah dia paed tu
sangat sempoi..
Nampak x mainan atas meja dia tu?
Hehehe..

Yang ni lawak!
Masa ni Cira meragam..
Dr Khairul kata Cira takut tgk muka dia
tu yang dia sembunyik kat belakang musical toys tu..
Bleh pulak cam tu kan?? Ekekeke

Masa ni Dr. Khairul sedang bagi penerangan kat aku
siap lukis camana keadaan dalam hidung Cira
Masa ni dia bgtau, aku lagi terer komputer dari dia
Sebab dia hanya pandai key in data, power point dan word je!
Bleh pulak cam tu kan?? Ekekeke (ulangan)
Dr. Kahirul kata hidung Cira dah sumbat abis..
Kahak pun banyak kat paru²..
So.. Cira kena sedut gas dan sedut kahak lepas ni..

Sedut gas untuk cairkan hingus
Lama jugak nak sedut gas ni
Kesian anak aku..

Lepas sedut gas..
Muka 'layan' Cira..
Macam lepas hidu gam je aku tgk! Ekekeke...
Macam nak tertidur² pun ada gak..
Lepas ni nak sedut kahak pulak..
Tapi....

parents x bleh masuk!
Waaa.. aku sedih sgt!
Dapat dgr sora Cira nangis yang teramat kat dalam bilik tu!
Kesiannya Cira.. apa diorang buat kat dalam tuh???
Aku tunggu sambil bediri kat dinding depan pintu tu saje.. :(

Selesai dari sedut kahak..
aku siap cek kalau² ada darah ke ape kat badan Cira
Boleh pulak cam tu??
syukur la xde..
Mata Cira bengkak² nangis :(
lepas tu terus tido kat bahu aku..
letih nangis agaknya..

Dalam keta nak balik
Cira masih tido sampailah ke rumah

Ubat² Cira
Selsema, batuk, titis hidung, cair kahak

Kos untuk semua rawatan dan perubatan
RM121/-


Selepas ni aku update lak berkesan ke x rawatan dan ubatan kat PPN kepada Cira Okey! Nak breakfast dulu.. tata!

Khamis, Januari 28, 2010

List of Paediatricians (Pakar Kanak-Kanak)

Salam,

Masih sibuk. Hujung bulan~ kena siapkan repot. Ada saja nak ubah pada saat² akhir. Baby Cira demam dah OK ;) tapi masih selsema dan batuk. Banyak kahak sangkut! Kesian anak mama! Sejak isnin aku tidor² ayam jaga anak molek aku. Takut dia muntah dan aku x sedar lak.

Dari tadi cuba nak senaraikan Paed² area KL, nak gi paed jugak rasanya. Klinik biasa macam x brapa berkesan. Kalau boleh nak minum 2 3 kali ubat terus baik. Boleh? Esok aku coti! isnin juga coti. 4 hari dapat bersama Cira amatlah diidamkan~

So.. Here is a list of Paediatricians (area KL only!) untuk maklumat tuan² dan puan².. Selamat memilih!

Pusat Perubatan Naluri Sdn. Bhd
94 Jln 1/27F,
Pusat Bandar Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur
Contact Phone: 03-41433633
Fax: 03-414296333

Klinik Pakar Kanak-kanak Suria
No.34, Ground Floor,
Wista Marna Prima, Metro Prima,
Kuala Lumpur.

Klinik Pakar Kanak-Kanak Pelangi
Ground Floor,
Blok 126 Sri Pelangi Apartment,
Jln Genting Kelang,
53300 Kuala Lumpur,
Tel: 03-4024 9581

Klinik Kanak Kanak Ew
No. 47 Jln 2/90
Kuala Lumpur 56100, Kuala Lumpur
p: 603-92846835

Klinik Kanak Kanak Chen
141 A First Floor
Jalan Besar Kepong
Kuala Lumpur 52000 Malaysia,
p: 603-62741281

Klinik Kanak Kanak Ooi
No. 42 Jln Awan Hijau
Taman Yarl 58200
Kuala Lumpur 58200,
p: 603-79837827

Klinik Kanak Kanak Chee
Ground Floor 44E
Bangunan Kwang Tung Association
Jalan Pudu Kuala Lumpur 55100,
p: 603-20724024

Klinik Kanak Kanak Tan (Kuala Lumpur)
Lot G 06 Chinese Medical Hospital Medical Centre
106 Jalan Pudu,
Kuala Lumpur 55100,
p: 603-20789968

Consultant Pediatrician & Lactation Consultant
Koe Child Clinic
Jalan Mega Mendung,
Old Klang Road,
Tel: 03-79830539

Millennium Paediatrics Gleneagles
Intan Medical Centre
Tingkat 6 608
Medical Office Building
282 Jalan Ampang Kuala
Kuala Lumpur
p: 603-42512648 f: 603-40532797

Sheila Child Specialist Clinic Sdn Bhd
Pusat Pakar Tawakal
198A / 208A Jalan Pahang
Kuala Lumpur 53000,
p: 603-40224582 f: 603-40219946

Vernon Children Specialist Clinic
Tawakal Specialist Centre
Ground Floor Consultant
Block 2 198A 208A
Jalan Pahang 53000, Kuala Lumpur
p: 603-40214064 f: 603-40228063

Petang ni nak gi Pusat Perubatan Naluri, Wangsa Maju. Dari info yang diterima kat sana mmg bagus.. servis paed pun OK. Lagipun sgt dekat dengan rumah aku. Selain tu, Koe Child Clinic kat klang lama tu pun bagus jugak (melalui info kat tenet).

p/s : List ni yang aku dapat jer, banyak lagi paediatricians lain kat KL ni. Macam Ampang Puteri, HUKM, PPUM, KBMC dll tu aku x senaraikan le.. sebab tempat itew dah mmg famous~

Selasa, Januari 26, 2010

Anak Daraku Demam LAGI :(

Salam..

Wa.. sedihnya!! Cira demam lagi kemarin. Baru jer 5 hari Cira sembuh. Demam lagi. Bermula pada malam ahad lepas.. aku, tok laki dan Cira gi Carefour.. Cira macam x berapa sedap badan, merengek². Slalunya bila dalam kereta Cira tidur memanjang. Sampai mana² shopping compleks Cira sibuk tgk kiri kanan. Tapi kat carefour malam tu Cira nangis sekuat²nya! Orang lain pandang macam x pernah ada anak. Geram! Masukkan dalam stoller [baru]nya pun dia nangis. Bagi susu masih jugak nangis. Tok laki angkat la Cira.. tup tup.. Cira muntah! habis baju tok laki kena muntah. Bubur, ikan, carrot, kentang, yang Cira makan semua dah keluar balik. Kitaorang pun langkah seribu gi car park. Tak sempat nak beli pape pun! jgnkan nak beli.. window shopping pun x sempat.

Sampai rumah, aku cek suhu Cira.. x demam lagi. Malam tu Cira tidur nyenyak.. sempat habiskan 5 auns susu. Tapi bila bangun pagi.. muntah lagi. Macam air paip susu Cira keluar. Cek suhu, sah Cira demam. Kesian betul anak ku itu!! Aku mmg nak amek EL, tapi KERJA banyak kat opis. Belambak²!! Report dah nak hantar, draft pun aku lom keluarkan. Arrgghhh.. *AKU DALAM DILEMA* - tu ar.. ada masa x nak buat, asyik facebooking.. blogging.. surfing.. memang salah Mama! *hantuk pala kat dinding* :'(

Nasib baik dapat somi yang baik hati *wink*. Dengan rela hati tok laki aku dunia akhirat itu amek EL. Selesai saja hantar aku ke opis, tok laki dan MamaMala gi klinik Idzham. Suhu Cira masa tu 37.9°c. Tapi berat Cira naik, 7kg. Apa tak nya.. walaupun sakit.. bukaan mulut cira masa makan.. boleh tahan! Hehehe.. Doktor bagi Cira ubat demam, batuk, selesema, antibiotik.. semuanya RM50/-.

Pagi tadi suhu badan Cira dah semakin turun. Walaupun masih panas sedikit, Cira x muntah dah. Tidur pun nyenyak jer dalam playpen [baru]nya. Hehe.. sayang anak mama! Moge cepat sembuh ya sayang :*

dalam keta otw ke Carefour..
Cira dah mula rasa x sedap badan
tapi tetap mantain senyum & cute !!

Gambar semalam
Nyenyaknya Cira tido
Hippo Cira tu dalam tido pun Cira masih bleh ramas²
mmg kawan baik la diorang ni! :)


Hari sabtu lepas, sebelum Cira demam.. Kitaorang sempat lagi melawat cousin aku kat Pandan Indah, Ampang. Tujuan utama nak beli baju² baby yang dia jual kat kedai onlinenya.. kalau nak shopping bleh gi link ini. Dapatlah sehelai baju, sehelai seluar, tight dan 2 pasang stokin.

Lepas tu aku dan tok laki mulakan projek sebenar kitaorang.. iaitu nak belikan Cira playpen, stroller & sterilizer. Kedai pilihan : Manjaku cawangan Kajang. Jauh jugak perjalanan kami malam itu. Cira tido jer dalam keta.. selesa sgt dia atas tilam empuk original made in mama tu. Hahaha.. So.. inilah dia gambar²nya..

Gambar Wajib!
Kat rumah my cousin..

Inilah sepupu sepapat aku
Baju merah tu bukan sepupu aku.. kepupu! :p
[sayang kamo]

Stroller Cira
Awalnya pilih wana pink.. tapi xde stock!
ada hijau jer.. so terpaksa think positif..
"manatau adik Cira lelaki.." hahaha..

Suka sgt tgk cira gelak² kat sini
Happy la tu dapat playpen!
Tak yah dah tido kat bawah kan sayang? :*

Little Bean
Sterilizer yang mampu milik
Lepas ni x yah la masak air segala
nak siram botol² Cira
Ekekeke...

Ok.. setakat ni dulu. Tiba masanya untuk menerjah blog kawan²!! lama rasanya tidak mengikuti perkembangan baby² comel korang. Kerja pun aku dah siapkan.. so bolehlah bersuka ria.. la la la... ♪ ♫ ♪ ☺
Related Posts with Thumbnails